Tesco Eggs Cruelty

Kotoran, kezaliman dan diskriminasi

Satu pemerhatian mengejutkan terhadap rangkaian bekalan telur ayam Tesco

Pernahkah anda membeli-belah di Tesco? Kalau pernah, anda mungkin mahu menukar fikiran. Penyiasatan baharu yang mengejutkan terhadap telur ayam Tesco mendedahkan kotoran menjijikkan, kezaliman terhadap haiwan, dan diskriminasi terhadap pelanggan Malaysia.

Di ladang milik pembekal ini, najis dan kotoran melekat di batang besi sangkar di mana ayam bertelur, dan najis bertimbun hanya beberapa inci daripada telur-telur itu dan juga ayam penelur. Ibu ayam penelur dipelihara terkurung dalam sangkar yang terlampau sempit dengan cara zalim sepanjang hayat dan cara ini menyalahi undang-undang di banyak negara di serata dunia. Bangkai ayam penelur yang telah mati dibiarkan mereput di kawasan yang sama dengan ayam-ayam yang bertelur untuk penggunaan manusia.

Tesco telah menetapkan garis masa misi untuk menjual telur ayam bebas sangkar sahaja—yang lebih selamat, lebih tinggi kualitinya, dan lebih jauh daripada kezaliman—Kepada pelanggannya di Thailand, United Kingdom dan Eropah. Tetapi Tesco seolah-olah berpendapat bahawa pelanggan di Malaysia tidak perlu dilayani dengan layanan sama. Sementara banyak syarikat makanan terkemuka lain telah berikrar untuk menggunakan hanya telur ayam bebas sangkar di Malaysia, Tesco berterusan menjual telur ayam daripada ladang telur ayam bersangkar yang kotor dan zalim terhadap ternakan.

Sudah tiba masanya Tesco berhenti mendiskriminasikan pelanggan Malaysia, dan turut serta bersama-sama dengan penjual antarabangsa terkemuka yang lain dengan memberi komitmen untuk menjual hanya telur ayam bebas sangkar paling lewat pada 2025.

Mohon tandatangan petisyen ini !

Tesco: Saya tidak akan membeli di kedai-kedai Tesco lagi sehingga Tesco melayan pelanggan Malaysia sama rata dan menetapkan garis masa misi untuk berhenti menjual telur ayam daripada ayam penelur yang dikurung dalam sangkar yang kotor secara zalim. Sudah tiba masanya Tesco menjadi bebas sangkar 100%.

Egg safety - Food safety risks

Risiko Keselamatan Makanan pada Telur Ayam Bersangkar

Lebih sedozen kajian saintifik telah mendapati ladang telur ayam bersangkar mempunyai kadar pencemaran salmonela yang mendadak lebih tinggi. Lembaga Keselamatan Makanan Eropah menjalankan kajian terbesar yang kali pertama diadakan berkenaan isu ini, menganalisis data dari lima ribu ladang. Kajian ini mendapati ladang telur ayam bersangkar adalah 25 kali lebih berkemungkinan dicemari oleh strain salmonela yang utama. (1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17)

Terdapat pelbagai sebab mengapa mengurung ayam penelur dalam sangkar menyebabkan risiko keselamatan makanan. Penyelidikan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat menunjukkan stres dalam kurungan sangkar menjadikan ayam lebih terdedah kepada penyakit. Sangkar juga lebih sukar untuk dibersihkan dan dinyahkumankan, menyebabkan “jumlah bahan najis dan debu tercemar lebih banyak.” (18, 19, 20, 21, 22, 23)

Kezaliman di Sebalik Telur Ayam Bersangkar

Sama seperti anjing dan kucing, ayam ialah binatang cerdik dan bijak yang boleh merasai keseronokan dan kesakitan. Mengurung ternakan hampir sepanjang hayatnya dalam sangkar yang sangat kecil sehingga sukar baginya untuk bergerak sudah tentu perbuatan yang salah. (24)

Sangkar berderet adalah sangat zalim sehingga ia telah diharamkan di banyak negara di serata dunia, termasuk negara asal Tesco iaitu United Kingdom. Setiap organisasi perlindungan haiwan arus utama di seluruh dunia mengutuk sangkar berderet sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan. (25, 26, 27)

Ini hanya pandangan beberapa organisasi antarabangsa seumpamanya:

RSPCA

“Sangkar berderet dianggap salah satu bentuk kurungan haiwan ternakan yang paling kejam dan tidak bagus untuk keselamatan makanan.”

Persatuan Pencegahan Kezaliman Terhadap Haiwan, Selangor

WAP

“Ayam penelur dalam sangkar lebih terdedah kepada stres dan kecederaan, serta peningkatan risiko salmonela.”

Perlindungan Haiwan Sedunia

Humane Society International

“Tidak berperikemanusiaan bagi ayam penelur—haiwan yang bijak dan aktif—untuk dikurung dalam sangkar yang terlalu kecil sehingga hendak bergerak seinci pun sukar hampir sepanjang hayatnya.”

Persatuan Perikemanusiaan Antarabangsa

Semua organisasi ini tidak terlibat dengan laman web ini

Battery Cage Photo 1 - Battery Cages

Sangkar Berderet

Tesco terus menyediakan kepada pelanggan Malaysia telur ayam daripada pembekal yang mengurung ayam penelur dalam sangkar berderet yang kejam dan kotor

Battery Cage Photo 2 - Dirty

Kotor

Di ladang pembekal telur ayam Tesco ini, ayam yang mati dibiarkan mereput dalam sangkar bersama ayam yang masih hidup.

Battery Cage Photo 3 - Animal Cruelty

Zalim

Setiap ibu ayam penelur menghabiskan seluruh waktu hayatnya terkurung dalam sangkar yang terlalu kecil sehingga sukar untuk bergerak

Muat Turun dan Dokumentasi

Bahan visual video dan foto berkualiti tinggi hasil penyiasatan tersedia untuk dimuat turun di sini. Semua klip video dan foto di laman ini berada dalam domain awam dan boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma oleh sesiapapun, termasuk media.

Video dan foto diambil di ladangTeo Seng Capital Berhad, syarikat yang menghasilkan telur berjenama Tesco di Malaysia. Bukti bahan video ini diambil di ladang Teo Seong, dan dokumentasi menunjukkan Teo Seng membekalkan telur ayam ke Tesco, tersedia di sini.

Lever槓桿 ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang giat melindungi ternakan ladang di Asia.

Kutipan berkenaan risiko keselamatan makanan dan kezaliman terhadap haiwan dalam sangkar berderet

1: Van Hoorebeke S, Van Immerseel F, Schulz J, et al. 2010. Determination of the within and between flock prevalence and identification of risk factors for Salmonella infections in laying hen flocks housed in conventional and alternative systems. Preventive Veterinary Medicine 94(1-2):94-100.

2: Snow LC, Davies RH, Christiansen KH, et al. 2010. Investigation of risk factors for Salmonella on commercial egg-laying farms in Great Britain, 2004-2005. Veterinary Record 166(19):579-86.

3: 2010. Annual Report on Zoonoses in Denmark 2009. National Food Institute, Technical University of Denmark.

4: Van Hoorebeke S, Van Immerseel F, De Vylder J et al. 2010. The age of production system and previous Salmonella infections on farm are risk factors for low-level Salmonella infections in laying hen flocks. Poultry Science 89:1315-1319.

5: Huneau-Salaün A, Chemaly M, Le Bouquin S, et al. 2009. Risk factors for Salmonella enterica subsp. Enteric contamination in 5 French laying hen flocks at the end of the laying period. Preventative Veterinary Medicine 89:51-8.

6: Green AR, Wesley I, Trampel DW, et al. 2009 Air quality and bird health status in three types of commercial egg layer houses. Journal of Applied Poultry Research 18:605-621.

7: Schulz J, Luecking G, Dewulf J, Hartung J. 2009. Prevalence of Salmonella in German battery cages and alternative housing systems. 14th International congress of the International Society for Animal Hygiene: Sustainable animal husbandry : prevention is better than cure. pp. 699-702. http://www.safehouse-project.eu/vars/fichiers/pub_defaut/Schulz_Salmonella_ISAH%202009.ppt.

8: Namata H, Méroc E, Aerts M, et al. 2008. Salmonella in Belgian laying hens: an identification of risk factors. Preventive Veterinary Medicine 83(3-4):323-36.

9: Mahé A, Bougeard S, Huneau-Salaün A, et al. 2008. Bayesian estimation of flock-level sensitivity of detection of Salmonella spp. Enteritidis and Typhimurium according to the sampling procedure in French laying-hen houses. Preventive Veterinary Medicine 84(1-2):11-26.

10: Pieskus J, et al. 2008. Salmonella incidence in broiler and laying hens with the different housing systems. Journal of Poultry Science 45:227-231.

11: European Food Safety Authority. 2007. Report of the Task Force on Zoonoses Data Collection on the Analysis of the baseline study on the prevalence of Salmonella in holdings of laying hen flocks of Gallus gallus. The EFSA Journal 97. www.efsa.europa.eu/EFSA/efsa_locale-1178620753812_1178620761896.htm.

12: Snow LC, Davies RH, Christiansen KH, et al. 2007. Survey of the prevalence of Salmonella species on commercial laying farms in the United Kingdom. The Veterinary Record 161(14):471-6.

13: Methner U, Diller R, Reiche R, and Böhland K. 2006. [Occurence of salmonellae in laying hens in different housing systems and inferences for control]. Berliner und Münchener tierärztliche Wochenschrift 119(11-12):467-73.

14: Much P, Österreicher E, Lassnig. H. 2007. Results of the EU-wide Baseline Study on the Prevalence of Salmonella spp. in Holdings of Laying Hens in Austria. Archiv für Lebensmittelhygiene 58:225-229.

15: Stepien-Pysniak D. 2010. Occurrence of Gram-negative bacteria in hens’ eggs depending on their source and storage conditions. Polish Journal of Veterinary Sciences 13(3):507-13.

16: Humane Society International, “An HSI Report: Food Safety and Cage Egg Production” (2010). HSI Reports: Farm Animal Protection. 3. http://animalstudiesrepository.org/hsi_reps_fap/3

17: European Food Safety Authority. 2007. Report of the Task Force on Zoonoses Data Collection on the Analysis of the baseline study on the prevalence of Salmonella in holdings of laying hen flocks of Gallus gallus. The EFSA Journal 97. www.efsa.europa.eu/EFSA/efsa_locale-1178620753812_1178620761896.htm

18: The Danish Veterinary and Food Administration. 2004. The national Salmonella control programme for the production of table eggs and broilers 1996-2002. Fødevare Rapport 6, March.

19: Davies R and Breslin M. 2003. Observations on Salmonella contamination of commercial laying farms before and after cleaning and disinfection. The Veterinary Record 152(10):283-7.

20: Methner U, Rabsch W, Reissbrodt R, and Williams PH. 2008. Effect of norepinephrine on colonisation and systemic spread of Salmonella enterica in infected animals: Role of catecholate siderophore precursors and degradation products. International Journal of Medical Microbiology 298(5-6):429-39.

21: Bailey MT, Karaszewski JW, Lubach GR, Coe CL, and Lyte M. 1999. In vivo adaptation of attenuated Salmonella Typhimurium results in increased growth upon exposure to norepinephrine. Physiology and Behavior 67(3):359-64.

22: Shini S, Kaiser P, Shini A, and Bryden WL. 2008. Biological response of chickens (Gallus gallus domesticus) induced by corticosterone and a bacterial endotoxin. Comparative Biochemistry and Physiology. Part B. 149(2):324-33.

23: Rostagno MH. 2009. Can stress in farm animals increase food safety risk? Foodborne Pathogens and Disease 6(7):767-76.

24: Marino, L. 2017. Thinking chickens: a review of cognition, emotion, and behavior in the domestic chicken. Animal Cognition 20(2): 127–147.

25: “European_Union_Council_Directive_1999/74/EC.” Wikipedia: The Free Encyclopedia. Wikimedia Foundation, Inc. Web 03 August 2018, en.wikipedia.org/wiki/European_Union_Council_Directive_1999/74/EC

26: “Farm Animal Confinement Bans.” American Society for the Prevention of Cruelty to Animals. Web. 03 August 2018, www.aspca.org/animal-protection/public-policy/farm-animal-confinement-bans

27: World Organization for Animal Health, “Terrestrial Animal Health Code” (2017). www.rr-africa.oie.int/docspdf/en/Codes/en_csat-vol1.pdf